Terima kasih kerana melawat kami dalam talian di cikguazila.com. Jika anda terus melayari dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Azila Sibi Enterprise (120072) Terma dan Syarat penggunaan laman web ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan, anda tidak perlu menggunakan laman web ini.

Azila Sibi Enterprise berhak  untuk menukar, mengubah, menambah atau mengeluarkan mana-mana bahagian dari Terma dan Syarat yang digunakan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Sila rujuk Terma dan Syarat setiap masa untuk sebarang perubahan terkini.

Apabila anda menggunakan laman web ini secara berterusan, anda dianggap bersetuju dan menerima segala Terma dan Syarat yang diberikan.

Penggunaan laman web

Kami memberikan anda kebenaran menggunakan laman web di bawah Terma dan Syarat yang dinyatakan, untuk kegunaan pembayaran perkhidmatan yang terdapat di laman web cikguazila.com.

Segala kandungan serta data yang terdapat di dalam  laman web ini hanya untuk tujuan makluman sahaja. 

Sesetengah tawaran perkhidmatan yang ditawarkan di laman web ini memerlukan pembayaran untuk mendaftar dengan perkhidmatan tersebut. Sekiranya anda memilih untuk mendaftar dan melanggan perkhidmatan tersebut, anda dianggap bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat dan terkini dan mengemaskini segala maklumat yang berkaitan setiap masa sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Setelah menggunakan laman web ini, anda dianggap bersetuju untuk menerima e-mel promosi daripada pihak kami. Sekiranya anda tidak mahu menerima e-mel promosi tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan memberitahu kami atau menekan butang unsubscribe di bawah e-mel  promosi tersebut.

Penerimaan pesanan dan harga

Sila ambil perhatian bahawa terdapat kes-kes di mana pesanan tidak dapat diproses atas pelbagai sebab. Azila Sibi Enterprise berhak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan atas sebab-sebab tertentu dan pada bila-bila masa. Anda mungkin akan diminta untuk memberikan maklumat tambahan untuk sebarang pengesahan sebelum kami menerima pesanan.

Kami berusaha untuk memberikan maklumat harga yang paling tepat di dalam laman web cikguazila.com untuk para pelanggan kami. Namun demikian, masih ada kemungkinan berlaku kesilapan, contohnya terdapat kes di mana berlaku kesilapan pada harga barangan yang dipaparkan dalam laman web. Sehubungan itu, kami berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan yang telah dibuat.

Sekiranya berlaku kesilapan mengenai maklumat harga barangan, kami akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut atau membatalkan pesanan dan memaklumkan tentang pembatalan tersebut. Kami berhak untuk menolak atau membatalkan pesanan tersebut tidak kira sama ada pesanan tersebut telah disahkan dan pembayaran telah pun dibuat.

Penghantaran daripada pengguna

Sebarang penghantaran yang anda hantarkan atau berikan kepada laman web cikguazila.com, termasuk pertanyaan, ulasan, komen, dan cadangan (dipanggil, “Penyerahan”) akan menjadi hak dan harta eksklusif kami dan tidak akan dipulangkan semula kepada anda.

Sebagai penambahan kepada hak yang diberikan, anda dianggap memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan nama yang anda serahkan, berhubung dengan ulasan, komen atau lain-lain keterangan.  Anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel palsu, menyamar sebagai orang lain atau memberi maklumat palsu kepada pihak kami dalam maklumat penghantaran. Kami boleh membatalkan atau mengubah Penghantaran tersebut.

Apabila anda ada berikan e-mel untuk mendaftar/menggunakan laman web ini, anda mempunyai pilihan untuk menerima atau tidak mahu menerima segala maklumat e-mel (seperti Buletin, maklumat tawaran, tawaran daripada anak syarikat kami). Anda boleh untuk tidak melanggan sebarang maklumat e-mel pada bila-bila masa dengan memberitahu kami atau menekan butang unsubscribe di bawah e-mel  promosi tersebut.

Undang-undang dan kehakiman yang digunapakai

Terma dan Syarat ini hendaklah diterjemahkan dan tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia. Bergantung kepada pengadilan di bawah, setiap pihak dengan ini bersetuju untuk menyerahkan kehakiman kepada mahkamah Kerajaan Malaysia untuk sebarang bantahan.

Pengadilan

Sebarang pertikaian, tuntutan atau bantahan yang timbul atau berkaitan dengan Terma dan Syarat akan dirujuk dan diselesaikan secara aman dan mengikut undang-undang Malaysia. Hakim hendaklah seorang yang secara sah dilatih dan berpengalaman di dalam bidang maklumat teknologi di Malaysia dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Meskipun begitu, cikguazila.com berhak untuk meneruskan kawalan ke atas maklumat rahsia dan hak harta intelek melalui perintah atau lain-lain arahan melalui mahkamah.

Tanda niaga dan hak cipta

Semua hak harta intelek, sama ada berdaftar atau tidak, di dalam laman web cikguazila.com, semua maklumat dan reka bentuk yang terdapat di dalam laman web, termasuk dan tidak terhad kepada, video, grafik, teks, ‘software’, ilustrasi, video, muzik, gambar, bunyi-bunyian, dan segala yang berkaitan, dan kesemua kandungan software, termasuk sumber-sumber di bawah kod tersebut adalah menjadi harta hak milik kami. Segala isi kandungan di laman web kami adalah di bawah perlindungan hak cipta Malaysia dan semua hak cipta adalah terpelihara.

Penamatan

Sebagai tambahan kepada undang-undang yang lain dan jalan penyelesaian, kami boleh menamatkan dengan serta-merta Terma dan Syarat tanpa memberi sebarang notis awal kepada anda atau membatalkan mana-mana atau kesemua hak anda yang telah dibenarkan di bawah Terma dan Syarat tersebut.

Apabila Perjanjian dibatalkan, anda hendaklah berhenti daripada memasuki laman web kami. Sebarang pembatalan ke atas perjanjian ini tidak akan mengubah hak dan kewajipan (termasuk tanpa sebarang batasan, kewajipan pembayaran) ke atas mana-mana pihak sebelum tarikh pembatalan. Anda seterusnya bersetuju bahawa laman web cikguazila.com tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau sesiapa sahaja berikutan pembatalan yang telah dibuat.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan laman web cikguazila.com atau dengan mana-mana syarat, peraturan, undang-undang, polisi, tatacara atau amalan-amalan dari cikguazila.com dalam menjalankan laman web, anda mestilah membuat perbincangan secara aman dengan pihak Azila Sibi Enterprise dan tidak menyebarkan fitnah atau memburukkan Azila Sibi Enterprise di semua platform media sosial/digital. Sebarang tindakan mestilah dibuat secara aman, profesional dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Anda berhak untuk tidak meneruskan penggunaan laman web ini jika anda tidak berpuas hati dengan laman web cikguazila.com atau dengan mana-mana syarat, peraturan, undang-undang, polisi, tatacara atau amalan-amalan dari cikguazila.com dalam menjalankan laman web ini.